KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

Saturday, 10 December 2011

2) PENYEDIAAN BEKAS

2.  PENYEDIAAN  BEKAS
OBJEKTIF  HASIL  PEMBEJARAN


ARAS  1  :    *     Memilih ikan hiasan untuk dipelihara

ARAS  2  :     *    Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau
                             tiruan.
                      *   Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium
                      *   Memilih akuarium / bekas dan aksesori
                      *   Menyedia dan menghias akuarium
                      *   Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium atau bekas

2.1   Memilih bekas (akuarium).
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada
beberapa faktor tertentu seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
• jenis ikan hiasan
• bilangan ikan hiasan
• saiz ikan hiasan
• saiz akuarium
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm
sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz 
kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar 
seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Contoh-contoh Bekas / Akuarium
 

2.2  Kaedah Pemasangan Akuarium

        LANGKAH-LANGKAH

 *   MEMASANG TAPAK UNDERGRAVEL FILTER
* MELETAKAN PASIR DI ATAS TAPAK UNDERGRAVEL FILTER – pasir kasar, baja / 
  volcanic soil & pasir halus
* MENGISI AIR keparas diperlukan, antiklorin, baja cecair
*TANAM TUMBUHAN AKUATIK – susun yang tinggi di belakang rendah di depan.
* MENYUSUN BATU / TUNGGUL KAYU ,PASANG PERALATAN LAIN pam, CO2, lampu
*  JALANKAN PAM & LAMPU SEMALAMAN atau sehingga  air jernih sepenuhnya
 dan penapis biologi berfungsi sepenuhnya.
*  MASUKKAN IKAN BERI MAKAN SEKADAR MENCUKUPI
         

Contoh-contoh Tumbuhan Akuatik