KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

Sunday 30 October 2011

IKAN HIASAN

 
OBJEKTIF  HASIL  PEMBEJARAN















ARAS  1  :    *     Mengenali  dan melabel bahagian luar  ikan

      *    Menyenaraikan  spesis  Ikan Hiasan Tropikal

ARAS  2  :     *    Menyatakan sebab dan tujuan memelihara  
                            Ikan Hiasan

ARAS  3  :      *   Menyenaraikan ciri-ciri istimewa pada Ikan
                            Hiasan


Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Kelas
:
5 Arif
Tarikh
:
2011
Bidang
:
Reka Bentuk Dan Teknologi
Unit Pembelajaran
:
Ikan Hiasan
Tajuk Pembelajaran
:
Pengenalan
Hasil Pembelajaran
:
  • Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan
  • Menyenaraikan beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan
Masa
:
60 minit
Pengetahuan Sedia Ada
:
  • Nama dan jenis-jenis ikan di Malaysia.
  • Murid pernah mencipta buku skrap dalam matapelajaran lain.
Penerapan Nilai
:
Menyayangi haiwan dan menyayangi alam sekitar.
BBM
:
Perisian MPowerpoint dan Mind Map, Kemudahan Internet
Pendekatan

Pembelajaran Berpusatkan Murid.
Pembelajaran Berbantukan teknologi.
Pembelajaran Berasaskan projek.
Pembelajaran Berfikrah.

Langkah
Kandungan
Aktiviti P&P
Elemen Bestari
Set Induksi
(5 minit)
Senarai spesis-spesis ikan hiasan tropika
  • Murid melihat tayangan slide MS Powerpoint ikan hiasan tropika.
  • Murid menyebut nama ikan yang terdapat didalam slide MS Powerpoint.
PP : Pembelajaran Berasaskan Teknologi
Langkah 1
(10 minit)
Perbincangan mengenai sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan.
  • Murid menjuruskan pemikiran kearah tajuk projek yang hendak dihasilkan.
  • Murid meneliti Tugasan 1 yang dipaparkan dalam bentuk folder pada komputer setiap kumpulan
  • Murid berbincang dalam kumpulan tentang sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan
  • Murid mendapatkan maklumat daripada pengetahuan yang sedia ada dan juga melalui carian Google.
  • Mencatat hasil perbincangan di dalam borang yang dipaparkan pada komputer.
PP: Pembelajraran berasaskan projek
CP: EIC: Kompetensi sosial
KG:KB: MM Kemahiran Menulis
Langkah 2
(10 minit)
Perbincangan tentang ciri-ciri istimewa ikan hiasan
  • Murid meneliti Tugasan 2 di dalam folder kumpulan masing-masing
  • Murid berbincang dalam kumpulan tentang ciri-ciri istimewa ikan hiasan
  • Mencatat hasil perbincangan di dalam borang yang dipaparkan pada komputer kumpulan masing-masing
CP: EIC: Kompentesi sosial
KG: KB: MM: Kemahiran menulis
Langkah 3
(25 minit)
Membina peta minda dan Buku Skrap
  • Murid meneliti pula Tugasan 3  dan 4
  • Setiap kumpulan membina peta minda berdasarkan hasil perbincangan dari Tugasan 1 dan Tugasan 2
  • Peta minda tersebut mestilah dibina dengan menggunakan templat Mind Manager
  • Setiap kumpulan mempersembahkan peta minda yang lengkap di hadapan kelas.
  • Murid dari kumpulan lain  diminta melengkapkan borang penilaian dengan menggunakan  borang yang diberikan.
  • Semua hasil perbincangan hendaklah dicetak dan dijadikan buku skrap seperti dalam Tugasan 4
  • Hasil kerja ini hendaklah disiapkan dalam masa 2 minggu
KG: KTMK: Berbantukan komputer
KG: KTMK: Berbantukan komputer
KG: KMM: Penilaian kendiri
KG: KB: PMDPS: Kemahiran teknikal
Penutup
(5 minit)
Rumusan P&P
  • Murid menyemak hasil kerja bersama guru.
  • Guru mengarahkan murid menyimpan hasil kerja di dalam folder bertajuk ’Ikan Hiasan Saya’.


1.   PENGENALAN  IKAN  HIASAN
 
     1.1-  Bahagian-bahagian ikan hiasan




Mengenal Bahagian-Bahagian Ikan
BAHAGIAN IKAN
FUNGSI
1. Sisik
Pelindung daripada musuh, kecederaan dan penyakit
2. Sirip tidak berpasangan: sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal
Membantu ikan bergerak lurus dan mengemudi pergerakan
 ikan di dalam air
3. Sirip Berpasangan: Sirip Pektoral dan sirip Pelvik
Untuk kestabilan , berundur, berpusing dan mengapungkan
 diri.
4. Garisan lateral
Untuk mengesan pergerakan objek lain dan getaran di
dalam air
5. Insang
Untuk bernafas

No comments:

Post a Comment