KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

Sunday, 11 December 2011

3) PENGURUSAN

3.  PENGURUSAN
OBJEKTIF  HASIL  PEMBEJARAN


ARAS  1 :   *  Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
                   *  Mengenal pasti jenis makanan yang sesuia mengikut spesis ikan
                   *  Mengenal pasti kandungan mutu air.
                   *  Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan
                       mencuci penapis
                   *  Mengenal pasti simpton penyakit biasa pada ikan hiasan
                   *  Mencegah dan merawat penyakit

ARAS  2 :   *  Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium
                   *  Memberi bekalan karbon dioksida kepada tumbuhan akuatik
                       dalam akuarium. 

  3.1 -  JENIS-JENIS MAKANAN IKAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang 
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala 
seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula 
sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut 
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama

berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan
lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan 
pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat.
Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat.
Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan

pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan 
kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti 
plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan 
hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup
di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau 

makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau 
lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan 

hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. 
Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama
menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak
dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja
makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:
• Makanan hidup
• Makanan kering
• Makanan basah
• Makanan rumusan.

a. Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat 
di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, 
lipas dan sebagainya.

b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad 
atau bayam.

d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia 

diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai 
ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Makanan Hidup
Makanan Basah
Makanan Kering
Makanan Rumusan
Blood Worm
Kerang
Cacing Awet
Pellet
Ulat Roti
Salad
Roti
Emping
Pankton
Bayam

Tablet
Cengkerik
Hati Lembu


Lipas



CONTOH MAKANAN IKAN



 





 



 
 


             
 
        

                                    

       

 




 



 




3.2 -  JENIS-JENIS PENYAKIT IKAN


Ikan yang dipelihara mestilah sihat, segar, dan tidak berpenyakit.Berikut adalah
panduan mengenalpasti keadaan kesihatan ikan hiasan yang dipelihara.
Ikan yang sihat
Ikan yang berpenyakit
      Cergas dan aktif
       Murung dan pasif
      Bentuk badan yang berisi dan
      mantap
       Bentuk badan kurus dan pergerakan
       tidak mantap
      Pergerakan lancer dan sirip-
      siripnya kemas
       Pergerakan lemahdan siripnya
       longlai. Suka menyendiri di 
       permukaan atas air atau
       bersembunyi di sudut-sudut
       akuarium
      Warna badan jelas, terang, dan
      menarik
       Warna badan pudar dan pucat
      Tiada kesan atau penyakit
      pada bahagian badan
       Ada kesan luka,sirip terkoyak, atau
       penyakit pada badan.


Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu 
air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh 
dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke 
dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. 
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka.
Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam 
air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti 
kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan 
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh 
dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
 
PENYAKIT
SIMPTON
PUNCA
CARA RAWATAN
Sirip berfungus
Sirip koyak dan hujung berjeli
Air di dalam akuarium kotor
Ubat Fungus
Sirip berdarah
Jalur merah pada sirip
Gyroda ctylus Parasite
Ubat parasit
Fungus mulut
Kapas putih menyaluti mulut
Bakteria
Ubat parasit
Bintik putih (White Spot)
Bintik seperti gula pada badan dan sirip
Parasite protozoa
Ubat parasit
Columnaris
Kapas putih bercambah dari sirip atau badan
Bakteria Flexobacter
Ubat Fungus
Sirip busuk    (Fin rot)
Sirip rosak dan kembang
Fungus Saprolegnia
Ubat Fungus
Flavo bacteria
Ikan berenang tanpa tujuan dan menggelupur.
Bakteria dalaman
Ubat parasit

CONTOH-CONTOH SIMPTON PENYAKIT IKAN

 



 



 




3.3 -  PENGURUSAN  AKUARIUM

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah 
kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air
Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan 
menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. 
Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air 
lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya 
bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh
membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih 
dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu diamalkan
ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi 
membunuh bakteria.

Aksesori
Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk
kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan
aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar
Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di 
warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan
tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium
Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak.
Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan
berenang dan tidak menggangu habitatnya.

RAJAH AKUARIUM YANG MENARIK